Testimoni Peserta Lain

Muhd Rasyidan Arif Bin Ramlan

Seminar lain daripada yang lain dan seronok

Siti Azirah bt Mohamad Yamin

Saya rasa seminar ini amat berguna untuk saya bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Ia juga ada pelbagai aktiviti dan video yang best!

Syahidatunnur Bt Semaon

Program motivasi yang menarik dan efektif, memberikan perubahan dalam teknik pembelajaran, dapat difahami dan diterima oleh pelajar

Siti Nabilah Bt Baharin

Penceramah yang bertenaga dan kelakar, cara belajar yang bagus, kaedah yang telah diperakui keberkesanannya.

Khairunnisa Jalal

I think this program is good for students. Well done! Keep it up!

Norin Suhella Bt Ariffin

Saya rasa kaedah yang Br.Izu tunjukkan boleh memberikan saya kesan yang positif…Saya akan cuba lakukan kaedah itu secara berterusan…

Munirah Mohamad

Caranya lain dari yang lain(lebih baik), menyedarkan saya ke arah lebih baik, dapat ilmu yang belum diketahui sebelum ini.

Aisyah Suraya Bt Muhammad Shah

Program ini sangat bagus dan menarik serta memberi kesan kepada pelajar untuk lebih cemerlang.

Nik Al-Zawier Bin Nik Mohd Zaim

Seminar ini memberikan saya banyak perkara dan pengalaman untuk kehidupan saya

Asyraf Nur Sabarno

...memang cara yang kreatif dan efektif. Cara ini cukup menarik.

Mohd Fairuz  B. Ab. Malik

Seminar ini tidak membosankan, berkesan dan efektif.

Nurul Nabilah Bt Mohamad Dah

Saya dapat mengetahui cara belajar BI, SC dan MT dengan lebih efektif lagi, saya dapat mengetahui cara mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Nurul Aiman Hanani Mohd Fairus

Saya rasa program ini amat bagus dan ia juga turut dapat membantu lebih ramai pelajar di negara ini. Saya juga rasa program ini dapat memberi pelajar tip-tip untuk kea rah kejayaan InsyaAllah. Semoga program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Nur Solehah Bt Sham

Rasa yakin, berminat untuk belajar, dapat mengetahui cara yang terbaik untuk belajar.Penceramah yang memahami situasi.

Nur Syahirah Bt Mohamed Ali

Ceramah tu seronok dan menghiburkan, cara belajar yang pelbagai.

Aini Syafiqah Bt Sallaeh

Program ni bagus. Sekarang saya dah banyak tahu tentang teknik belajar berkesan. Semoga saya dapat mengikuti program seperti ini lagi.Thank you Br.Izu!

Aisyah M. Johari

Teknik yang digunakan pelik tapi berkesan.Semoga ilmu ini dapat dikembangkan.

Laila  Azwani Sabudin

Program ini banyak memberikan tip-tip yang berguna dan mengubah sikap saya yang tidak suka belajar.

Nur Fadhliana Bt Othman

Dapat banyak ilmu, dapat banyak benda baru, memberi kesan yang baik, menyeronokkan kerana terdapat banyak aktiviti, senang ingat apa yang dipelajari.

Nurul Wahidah Amir

..bagi saya ia menarik kerana ia merupakan ilmu baru yang saya dapati hari ini. Selain itu, tentang ‘filing sytem’ negatif dan positif dalam  gambaran otak, saya rasa ia tepat mengenai diri saya.Ini kerana kata Br.Izu mengenai peristiwa hitam itu memang benar. Saya bencikan matematik sejak awal tahun ini disebabkan beberapa peristiwa hingga menyebabkan saya gagal dalam matematik apatah lagi matematik tambahan. Kata Br.Izu telah menyedarkan saya bahawa saya tidak harus meneruskan pemikiran negatif itu. Saya akan gantikan ia dengan fikiran positif dan saya benar2 berharap agar matematik saya dalam SPM nanti dapat A.

Siti Nur Maishah Hanum Othman

Seminar ini bagus, dapat meningkatkan cara belajar yang lebih bagus, penceramahnya sporting, dapat menyampaikan ilmu yang diberi kepada orang lain, penceramah dapat menarik perhatian ramai.

Farrah Afiqah Syahmi

Program ini amat efektif. Setiap kaedah/teknik yang diajar akan saya gunakan dengan sebaik mungkin.Insya Allah.

Nurul Afiqah Zulkifli

Kaedah pembelajaran yang baik-semudah ABC

Izzati Husna Adnan

Rasa seronok, beri semangat untuk jadi pelajar yang kuat hadapi rintangan hidup, Berjaya dalam pelajaran, berfikiran positif

Mardhiah binti Mazlan;

Saya berpendapat program ini sangat efektif dan berkesan ke atas semua lapisan pelajar kerana pelbagai ilmu motivasi dan aktiviti yang menarik diadakan.

Khairunnisa bt.Ahmad

Saya mula merasa lebih yakin dengan kelebihan diri saya dan saya tidak akan berundur untuk menjadi seorang yang tidak berkeyakinan.

Nur Umira Bte Masran

Pendapat saya ialah program ini sangat bagus dan menarik minat para pelajar. Banyak tip-tip yang bagus-bagus untuk diikuti. Ianya amat menekan bagaimana cara untuk membahagikan masa yang terluang. Selama ini saya selalu membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah selepas saya mengikuti program ini saya dapat membahagikan masa dengan baik.

Fahimah Bt A Razak

Menambah semangat untuk mencapai kejayaan, menyedarkan tentang pentingnya waktu, idea yang baik untuk menyenangkan sesi ulangkaji, memberi cara untuk mengurangkan stres...

Noor Izzati Shafie

Motivasi ini menambahkan semangat saya untuk terus belajar. SANGAT BEST!!!

Nor Hidayah bt Othman

Mengetahui teknik belajar baru yang lebih berkesan, kaedah yang pelbagai dan menarik.

Zahirah Binti Sahari

Penyampaian yg sangat menarik. Kaedah pembelajaran yang efektif mampu meningkatkan pemahaman para pelajar.

Intan Sapina Razali

Cara penyampaian yang bagus, berkesan dan menyeronokkan

Nurul Atiqah Bt Hazaraimi

Melalui program ini saya dapat mengetahui pelbagai teknik belajar yang baru serta mendapat semangat untuk terus berusaha.

Nur Liyana Kamaruddin

Semua kaedah yang dijalankan baik dan berkesan serta menarik.Saya berharap agar prrogram ini dapat dijalankan dengan lebih meluas lagi.

Raja Irdina Bt Raja Muhammad Ariff

Program dijalankan secara santai dan mudah untuk difahami.Best!

Nur Farah Ain Bt Muhalis

Program yang sangat menarik.Banyak ilmu yang saya dapat...Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lebih2 lagi kepada pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar supaya dapat memberi perangsang dan semangat kepada pelajar.

Nur Hanis Aminuddin

Dapat mempelajari ilmu-ilmu yang tidak pernah didengari dalam hidup


Muhamad Zariff

Keputusan percubaan saya untuk subjek sains amat teruk iaitu D. Alhamdulilah, 16 hari sebelum peperiksaan sebenar, saya berkesempatan mempelajari langkah demi langkah teknik belajar Br.Izu dan saya terus mengamalkannya di saat-saat akhir menjelang peperiksaan .Keputusan peperiksaan sebenar saya meningkat dari D menjadi B untuk subjek sains. Begitu juga subjek Geografi saya meningkat dari B menjadi A, manakala Bahasa Melayu dari C menjadi A. Saya yakin sekiranya saya mengetahui teknik belajar ini dari awal, saya mungkin berjaya skor A untuk semua subjek. Ibu saya terkejut dengan pencapaian saya. Teknik ini benar2 praktikal dan berkesan. Terima kasih Br.Izu.

Nabilah Abdul Razak

Dapat mempelajari cara membaca buku dengan betul, mempunyai aktiviti yang menarik, program yang amat menyeronokkan.

Nurul Natasha Bt Mamat

Mendapat lebih banyak ilmu. Seminar yang bagus untuk membentuk jati diri yang mantap bagi remaja.

Nor Farah Ain Bt Serzali

Dapat mempelajari sesuatu yang lain daripada motivasi2 yang lain, motivasi yang menyeronokkan…

Nurul Hanis Bt Samsudin

Saya suka program ini kerana telah mendapat banyak input yang baru dan berfaedah serta teknik yang berkesan untuk belajar.

Nur Hana Shaqirah Bt Hashim

Sangat bagus kerana walaupun idea yang agak pelik tetapi sangat berguna kepada saya

Nurhana Afnani Bt Mohd Hanafiah

Pelbagai tip-tip yang berguna diperoleh daripada program ini serta ilmu yang akan memberi kesan dan manfaat kepada kehidupan seharian yang boleh diaplikasikan dengan cara yang mudah

Nurhaslinah Bt Khairudin

Program ini telah membuatkan saya lebih menguruskan masa dengan lebih efektif lagi dan kaedah belajar yang betul. Kaedah ini memang harus diamalkan oleh setiap pelajar. Ini juga akan membuatkan saya lebih tekun untuk mengulangkaji pelajaran.

Apa Kata Pakar..........pa

“Kecemerlangannya dalam bidang kejuruteraan terbukti setelah berjaya termasuk dalam senarai dekan. Beliau menyerlah dalam bidang akademik, program motivasi dan kepimpinan.”

-Professor Dr. Faris, Dekan Fakulti Kejuteraan, UIAM
Chairman, Board of IIUM-MCRIA Robotics and Automation Centre

____________________________________________________________________________
” I cannot hide my admiration of Br.Izu for his constant search and thirst for knowledge. May Allah s.w.t make him a good example for his colleagues to follow” -

Dr. Abdulazeem Abozaid,Usul Fiqh Lecturer,UIAM
Ph.D.( Islamic Law) Damascus University

____________________________________________________________________________
“Knowledge in Information Technology (IT) reflected through excellent achievement in academic . A person with capability to work in team, to participate in discussion and to learn things in fast pace contributes to quality students”

-Noor Azizah KS Mohamadali ,
Information Technology Lecturer

____________________________________________________________________________

“In my class Br.Izu’s love for learning was evident from his motivation to read widely ( beyond the text book) and participate enthusiastically in class discussions.His assignments were high quality as they contained thoroughly researched material presented in a well structured manner and style. It was indeed a pleasure to have him in my class.May Allah ( SWT) enhace him to the highest levels of intellectual capabilities and achievements , and bless him with success in his noble endeavors. ”

Associate Professor Muhammad Ariff Zakaullah,
Best Lecturer Award(Economic Department,UIAM)

___________________________________________________________________________

“Br.Izu merupakan salah satu contoh terbaik yang menzahirkan sebuah episod keseimbangan dalam paparan kecemerlangan seorang individu.”

-Mr. Mohammad Fairus Khairuddin,
Client Partner Manager,FranklinCovey Malaysia.

www.FranklinCoveyMalaysia.com


 Sejenak Mengenai Trainer

1Br.Izu atau nama penuh beliau Mohd Izuwan Bin Mohd Nor merupakan seorang pelajar yang cemerlang bermula awal persekolahannya lagi. Beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Putera Jaya, Setiu, Terengganu. Pada waktu itu beliau adalah di antara pelajar terawal yang terpilih untuk menyertai program pelajar elit, formula yang dipraktikkan di daerah Setiu sehingga kini yang menaikkan nama sebuah sekolah di daerah tersebut sebagai sekolah  yang mencapai peratusan kecemerlangan UPSR terbaik di Malaysia. Keputusannya yang cemerlang dalam UPSR, menyebabkan beliau terpilih untuk melanjutkan pendidikan peringkat menengahnya di SMK(A) Sheikh Abdul Malek yang tersenarai di antara sekolah menengah terbaik di negeri Terengganu. Seterusnya, pada Tingkatan 4 beliau terpilih untuk memasuki Sekolah Sains Kuala Terengganu (SESTER) pada alaf baru tahun 2000. Kecemerlangannya dalam SPM pada tahun 2001, melayakkan beliau tersenarai dalam senarai pelajar terbaik dalam peperiksaan SPM di sekolah sains berasrama penuh tersebut. Lanjutan itu, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit dalam Program Teknikal Jepun pada tahun 2002 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Namun beliau menolaknya kerana ingin merealisasikan impiannya untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, yang menawarkan pendidikan bertaraf dunia dan menekankan nilai-nilai Islam. Beliau meneruskan kecemerlangan dengan berjaya tersenarai dalam Dean’s List di Matikulasi Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa , Petaling Jaya.

        Br. Izu, juga termasuk dalam graduan terawal LKS(Latihan Keusahawanan Siswa) Universiti Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia dan telahpun menjalani praktikum keusahawanannya di Pusat Latihan Komputer Sistem Bijakomp pada tahun 2005 yang lalu. Oleh kerana minatnya yang mendalam  dalam bidang perniagaan dan ekonomi, beliau membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian di kampus utama UIAM dalam Sarjana Muda Ekonomi. Kecemerlangannya dalam fakulti  tersebut, membolehkan beliau terpilih untuk mengikuti ‘Double Degree Programme’ , satu-satunya program khas di UIAM yang melayakkan pelajar yang terpilih mendapatkan dua ijazah dalam tempoh pengajian selama empat tahun. Ijazah  yang kedua dalam program tersebut adalah ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam yang memerlukan penguasan bahasa Arab yang kukuh. Beliau juga merupakan tenaga pengajar kelas bahasa Arab yang dianjurkan oleh sebuah kolej di UIAM. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar yang terpilih untuk mengikuti Pakej Tahfiz anjuran Pusat Aktiviti Kokurikulum, Bahagian Pembangunan Pelajar UIAM. Keunikan Br. Izu adalah kecemerlangan dan pengalamannya dalam pelbagai bidang dan jurusan termasuk subjek-subjek sains, kejuruteraan,komputer, teknologi maklumat, ekonomi, perakaunan, perniagaan, bahasa dan agama. Di samping kecemerlangannya dalam bidang akademik, beliau yang merupakan ahli Kelab Debat Bahasa Melayu UIAM juga aktif dalam program-program motivasi dan kepimpinan. Pihak Sekolah Imtiaz yang terkenal dengan Program Ulul Albab juga pernah menjemput beliau untuk memberikan ceramah motivasi . Program Ulul Albab adalah untuk melahirkan cerdik pandai Islam merangkumi semua bidang, sekaligus melahirkan generasi Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik. Br. Izu, yang merupakan anak sulung kelahiran Terengganu Bestari ini juga pernah menyertai pertandingan motivator yang pernah diadakan di Dataran Putra, Putra Jaya.

____________________________________________________________________________

1. Br. Adalah singkatan kepada ‘Brother’ yang bermakna saudara. Di UIAM, penggunaan gelaran Brother untuk pelajar lelaki dan Sister untuk pelajar perempuan digunakan dengan meluasnya, simbolik kepada persaudaraan Islam yang bersifat antarabangsa.






Anda  Takut Exam?

Mengapa anda terlampau takut pada peperiksaan.? Sudah berapa banyak peperiksaankah yang telah anda hadapi sejak kecil dulu? Tidakkah anda mengambil pelajaran daripada pengalaman anda itu? Mengapakah anda masih lagi gentar dan takut tatkala peperiksaan bakal tiba sedangkan anda telah melalui peperiksaan berkali –kali? Adakah anda tidak mengambil pengajaran daripadanya? Anda sepatutnya bersedia untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih matang dan tenang.

Tidakkah anda perasan bahawa peperiksaan itu hanyalah terdiri daripada beberapa helaian kertas yang mengandungi beberapa soalan yang anda diminta untuk menyiapkan dalam masa yang singkat iaitu 3 jam ataupun kurang.

Ingat ini: “Peperiksaan hanyalah terdiri daripada beberapa soalan terpilih yang perlu dijawab dalam masa yang singkat:3 jam atau kurang”

“ Jangan cuba untuk menjadi terlampau sempurna. Memanglah baik untuk cemerlang dan mencapai yang terbaik. Tetapi seimbangkanlah target anda. Jika anda berfikir bahawa mendapat markah kurang daripada A1 atau A+ bermakna anda gagal, sebenarnya anda telah mengundang tekanan atau stress  kepada diri anda. Impikan untuk melakukan sebaik mungkin dalam masa yang sama sedarlah bahawa tiada seorangpun antara kita boleh menjadi sempurna setiap masa.

Perkara yang penting bagi anda untuk persediaan menghadapi peperiksaan ialah dengan mengulangkaji pelajaran. Masalah yang timbul pada kebanyakan pelajar adalah kekeliruan dalam cara mengulangkaji pelajaran. Ada di kalangan pelajar yang merasakan semakin lama dan banyak kali mereka membaca buku, semakin berkesan aktiviti ulangkaji mereka. Tanggapan ini adalah tidak benar kerana yang paling penting adalah kualiti ulangkaji anda dan bukannya kuantiti. Inilah sebabnya mengapa ada segelintir pelajar yang mengorbankan banyak masa untuk mengulangkaji pelajaran namun hasilnya amat mengecewakan. 

Peperiksaan amat berkait rapat dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu dinilai berdasarkan kejayaan mereka dalam peperiksaan. Anggota masyarakat iaitu para ibubapa, guru dan kerajaan amat menitikberat akan keputusan peperiksaan pelajar. Sebagai contoh, ada di kalangan ibu bapa yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen dan kem-kem motivasi semata-mata untuk memastikan anaknya menperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Keputusan yang cemerlang juga menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke sekolah yang lebih baik atau ke menara gading. Hal ini menyebabkan para pelajar melihat peperiksaan sebagai sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka sehingga timbulnya istilah ‘studi maut’ atau ‘belajar mati-matian’ untuk memastikan kecemerlangan di dalam peperiksaan. Bagi pelajar, peperiksaan seolah-olah soal hidup mati mereka walaupun pada realitinya ia tidak seperti yang dibayangkan oleh pelajar itu. Paling menyedihkan, tidak banyak usaha yang secara langsung menerangkan kepada pelajar apakah maksud di sebalik peperiksaan itu dan apakah usaha-usaha yang praktikal dan mudah yang boleh pelajar lakukan demi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksan yang bakal ditempuhi.

            Inilah antara tujuan workshop ini iaitu bagaimana para pelajar dapat melihat peperiksaan itu dengan pandangan yang positif dan ceria, bukannya sesuatu yang membebankan dan mengerikan. Seterusnya menerangkan langkah-langkah yang praktikal yang boleh pelajar lakukan sebagai persediaan yang berkesan demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam apa jua peperiksaan yang bakal mereka hadapi.

     Workshopini menekankan aspek keberkesanan kerana ramai pelajar yang mengorbankan banyak masa untuk persediaan menghadapi peperiksaan tetapi malangnya keputusan tidak setimpal dengan usaha. Di samping itu, workshop ini juga menekankan aspek praktikal kerana sudah banyak program-program motivasi yang menerangkan tentang aspek teori yang alhasilnya pelajar tidak dapat melihat jalan yang jelas untuk berjaya. Br.Izu menggabungkan aspek teori dan pengalaman praktikal yang dilaluinya sendiri sebagai pelajar yang telah banyak menempuh pelbagai peperiksaan termasuk yang bercorak sains teknikal, sains sosial,bahasa dan keagamaan.Di harap selepas menyertai workshop ini, Allah S.W.T membuka jalan yang terang kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan berani dan bersemangat untuk berjaya.

Selamat Berjaya!

-Br.Izu




Anda mungkin tertanya-tanya dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai workshop tersebut. Mungkin ruangan Q & A di bawah boleh membantu anda......


Q & A

Saya tergolong dalam pelajar yang lemah dalam pelajaran.Setiap kali ujian atau peperiksaan, saya tidak pernah mendapat A atau B. Biasanya C dan sentiasa ada beberapa subjek yang tidak lulus.Adakah kaedah belajar tersebut sesuai untuk orang seperti saya?
Ya, sudah tentu. Kaedah ini amat sesuai dan perlu diketahui oleh pelajar-pelajar seperti anda. Saya yakin, anda pasti telah berusaha untuk membaiki prestasi anda, tetapi mungkin cara anda belajar itu kurang tepat dan kurang berkesan.

 Saya mempunyai seorang anak yang bermasalah dalam pelajaran. Pelbagai cara telah saya cuba untuk mengatasi masalah anak saya itu termasuk menghantarnya ke pusat tuisyen. Dia akan menduduki PMR pada tahun hadapan.
 Berita baik untuk ibubapa, dalam workshop ini juga terdapat ruangan khas yang menerangkan kaedah berkesan dan praktikal untuk memupuk minat belajar di kalangan anak-anak. Sekiranya diri anak-anak itu sendiri tidak minat untuk belajar, walaupun dihantar kepusat tuisyen terhebat sekalipun, anak itu tetap tidak cemerlang!

Saya hanya ada beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan. Adakah kaedah belajar "last minute" yang membolehkan saya cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan yang bakal saya hadapi?
Ya, dalam workshop ini ada dinyatakan ibu segala kaedah untuk belajar "last minute". Ramai yang telah menggunakannya dan mendapati kaedah tersebut benar-benar mempengaruhi markah peperiksaan mereka. Apa yang penting anda perlu mengamalkan kaedah itu dengan yakin tanpa ragu-ragu.

Kaedah ini pakai bomoh, ke?
Kita tidak menggunakan sebarang kaedah yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Islam mengajar kita berusaha dengan cara yang tepat. Workshop ini hanya menerangkan cara yang tepat untuk berjaya.

Adakah jaminan saya akan skor dalam peperiksaan setelah menyertai workshop ini?
Ya dan tidak. Ya, sekiranya anda mempraktikkan langkah demi langkah kaedah yang dibincangkan dalam workshop ini. Tidak, sekiranya anda hanya mengetahuinya dan tidak mempraktikkannya dalam pembelajaran anda. Saranan saya, cuba menggunakan kaedah tersebut sahaja dalam 2 minggu pertama ini dan tinggalkan sementara kaedah belajar yang anda gunakan sebelum ini. Lihat kesannya kepada markah dan prestasi anda. Namun, berita baik untuk anda, dalam workshop ini ada juga dibincangkan tentang amalan mencapai kejayaan yang terbukti dan dijamin berkesan. Amalan ini saya jamin 100% anda akan berjaya dan tidak ada syak lagi! 

Bukankah lain orang, lain cara belajarnya? Kajian ada menunjukkan pelajar-pelajar terbahagi kepada tiga golongan: iaitu yang belajar melalui visual, audiotori dan kinestetik. Bagaimana Br.Izu menyatakan kaedah yang dibincangkan dalam workshop tersebut boleh digunakan oleh semua golongan pelajar?
Ya, tidak dinafikan ada pelajar yang lebih mudah belajar melalui melihat, mendengar atau belajar melalui penglibatan aktiviti fizikal. Kaedah yang digunakan dalam workshop ini menggabungkan ketiga-tiga konsep tersebut. Inilah ciri unik kaedah dalam workshop ini. Oleh sebab itulah saya menyatakan, kaedah tersebut sesuai untuk pelbagai bidang dan subjek. Ini telah terbukti.
Klik sini untuk lihat bukti.>>>

Saya telah banyak membaca buku tentang teknik belajar tetapi setelah membacanya, saya lupa dan tidak dapat mempraktikkannya. Apakah jalan penyelesaiannya?
Jangan bimbang.Dalam workshop ini telah disediakan satu sistem bagi memudahkan anda mengingati kaedah belajar berkesan tersebut. Selepas ini, apabila anda mahu "studi" atau belajar, anda akan teringat akan kaedah-kaedah tersebut secara automatik sekiranya anda menggunapakai sistem tersebut.

Saya seorang pelajar universiti. Masalah saya adalah tidak ada masa untuk mengulangkaji kerana terlampau banyak 'assignment'  dan tugasan yang perlu disiapkan. Adakah kaedah yang dapat menyelesaikan masalah saya?
'Assignment' bukannya masalah, sebaliknya adalah peluang untuk anda skor dalam subjek anda. Ini kerana 'assignment' anda dapat kawal sepenuhnya berbanding peperiksaan. Anda boleh bertanya pensyarah dan anda boleh merujuk pelbagai buku untuk menyelesaikan 'assignment' anda. Jika anda diberi sebarang tugasan, pastikan anda cuba mendapatkan markah setinggi mungkin kerana 'assignment' dalam kawalan anda. Dalam workshop saya ada dinyatakan bagaimana caranya.

Adakah pelajar universiti atau kolej boleh menyertai workshop ini?
Hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut di 013-2229563@ 019-6464707





Jangan Lepaskan Peluang Yang Menarik Ini!

      Daftar Hari Ini!

“Pelaburan anda sebanyak RM120.00  untuk menyertai workshop ini mungkin bernilai RM1 juta ataupun lebih. Ini kerana dengan pengamalan ilmu yang terkandung di dalam wokshop ini, membolehkan anda memperoleh keputusan cemerlang. Dengan keputusan yang cemerlang tersebut membolehkan anda mendapat pekerjaan yang baik dan berupaya untuk menguruskan syarikat perniagaan yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit! Bayangkan, Sesuatu kejayaan yang besar semuanya bermula dengan kejayaan yang kecil.Keputusan anda untuk menyertai workshop ini telah meletakkan diri anda sebagai orang yang telah berjaya.Jangan tunggu lagi,

 

                 DAFTAR SEKARANG!

(Workshop Terdekat Adalah Pada 13hb Jun 2009!)

        Tempat Adalah Terhad!

 Jangan jadi orang yang gagal

“Orang yang gagal adalah orang yang suka menangguhkan melakukan perkara yang menguntungkan.”

JADUAL WORKSHOP 

  Tarikh:  13Hb  Jun  2009 (Sabtu)
  Masa: 8.30 Pagi Hingga 4.00 Petang
  Tempat: Berjaya Training Center

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK PENDAFTARAN!

                                             TEMPAT ADALAH TERHAD!!! 

   013-2229563 ATAU 019-6464707

*Isikan borang  dibawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan

Nama:
Email :
No.Telefon
Mesej

Atau Datang Sendiri ke Pusat Latihan Kami di.....

Berjaya Training Centre

(5 Minit Dari Carefour Wangsa Maju)

(Kenderaan Awam, Putra LRT turun di Wangsa Maju kemudian naik teksi 5-10 minit ke Wisma Rampai, Tmn Sri Rampai)

______________________________________________________________________________________________